konsep website seminit resepi

Konsep Rekabentuk & Struktur Website Seminit Resepi

Jika anda baca artikel kami tentang Idea Seminit Resepi, anda akan dapati bahawa website adalah platform utama dalam model bisnes Seminit Resepi.

Oleh sebab itu kami perlu membangunkan website yang mempunyai fungsi perkongsian resepi, video dan ianya perlu membawa nama penaja dengan berkesan.

Struktur Website

Kami menggunakan wordpress sebagai platform website Seminit Resepi dan website ini sepenuhnya dibangunkan oleh Wan Syafiq Wan Zahidi (Le Harmonie Studio).

Oleh kerana kami inginkan pelawat website ini selesa berkunjung ke website Seminit Resepi, kami perlu memastikan kelajuan website adalah stabil walaupun menerima banyak pelawat dalam satu masa.

Apa yang kami lakukan pada website kami untuk capai matlamat tersebut? Jika anda mempunyai website sendiri atau bercadang ingin membina website, maklumat berikut mungkin penting untuk anda.

setup website seminit resepi

Ini adalah apa yang kami lakukan pada website Seminit Resepi:

  1. Menggunakan Virtual Private Server (VPS) dari Digitalocean sebagai server/hosting
  2. Memasang Nginx dan Php 7 di server
  3. Menggunakan versi WordPress yang terbaru
  4. Mengurangkan plugin
  5. Mengubahsuai theme menjadi lebih ringan dan kemas
  6. Menggantikan sistem komen wordress dengan sistem komen facebook

Konsep Rekabentuk Website

Untuk konsep rekabentuk website pula, kami ingin website kami fokus pada resepi dan penaja. Dua unsur ini perlu di fokus secara jelas di website kami, untuk itu kami bina website dengan:

  1. Keupayaan website untuk memaparkan resepi dengan kemas
  2. Mempunyai fungsi interaktif “tick” pada resepi untuk memudahkan pelawat membeli barang dan memudahkan proses memasak.
  3. Fungsi carian jenis masakan pada laman utama
  4. Ada ruang penaja pada sebelah gambar masakan
  5. Sertakan pautan ke website penaja pada hujung penerangan resepi

Kesimpulan

Kesimpulannya, Seminit Resepi fokus dalam menyediakan website yang mesra pengguna dan mesra penaja. Anda boleh gunakan kaedah atau pelan yang sama jika anda bercadang untuk menyediakan platform content marketing seperti kami.



author
By Seminit Resepi
Resepi Terbaru

Seminit Resepi @ 2016